Skip to main content

BOLING - SYABAS TEAM SKSB

Pada 20 Januari 2010 pasukan boling SKSB telah menyertai pertandingan Boling Tenpin MSSD Kulai di IOI Mall . Seramai 13 orang peserta SKSB lelaki dan perempuan telah menyertai pertandingan itu.

Berikut ialah keputusan pertandingan :

Mohamad Azwan B Zainuddin - Tempat ke - 3 ( terpilih ke MSSJ )

Mohamad Fitri B Mohd Farid - Tempat ke - 5 ( roll off - semoga berjaya terpilih ke MSSJ )

Lelaki 12 - Johan Berpasukan ( Walaupun kategori ini tidak dipertandingkan namun syabas
dan tahniah diucapkan kepada mereka )

Sekali lagi diucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan boling SKSB kerana sentiasa setiap tahun menghasilkan bakat-bakat baru yang dapat diketengahkan ke peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri Insya-Allah.

Kepada jurulatih dan merangkap pengurus pasukan Ustaz Mohd Zaki, tahniah diucapkan kerana usaha tanpa jemu cikgu ke arah kecemerlangan Kokurikulum SKSB....

Comments

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.