"Tulis satu lembaran surat kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai hasrat atau cadangan anda terhadap kepentingan memupuk perpaduan kaum dan hidup bersatu, serta apa yang boleh dilakukan untuk terus mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1Malaysia."
Sila dapatkan borang penyertaan daripada pejabat pentadbiran sekolah atau muat turun di laman sesewang www.skmm.gov.my dan www.pos.com.my
Pertandingan menulis surat ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara bermula pada 29 Disember 2009 hingga 19 Februari 2010. Hantarkan hasil karya anda bersama borang penyertaan ke alamat Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri, Peti Surat 1000, 50796 Kuala Lumpur.
Kategori A - Sekolah Rendah:
Hadiah Tempat Pertama :
Wang tunai RM3.000.00, Sebuah Komputer Riba, Sijil Penyertaan, Kamus, Baucar Buku,Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00
Hadiah Tempat Kedua :
Wang tunai RM2,000.00, Sebuah Kamera Digital, Sijil Penyertaan, Kamus, Baucar Buku, Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00
Hadiah Tempat Ketiga :
Wang tunai RM1,000.00, Sebuah Kamera Digital, Sijil Penyertaan, Kamus, Baucar Buku,Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00
Hadiah Saguhati X 10 :
Wang tunai RM500.00 seorang, Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00 seorang
Kategori B- Sekolah Menengah:
Hadiah Tempat Pertama :
Wang tunai RM4,000.00 , Sebuah Komputer Riba, Sijil Penyertaan, Kamus, Baucar Buku, Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00
Hadiah Tempat Kedua:
Wang tunai RM3,000.00 , Sebuah kamera Digital, Sijil Penyertaan, Kamus, baucar Buku, buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00
Hadiah Tempat Ketiga:
Wang tunai RM2,000.00 , Sebuah kamera Digital, Sijil Penyertaan, Kamus, Baucar Buku, Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00
Hadiah Saguhati X 10 :
Wang Tunai RM500.00 seorang , Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00 seorang
Sekolah-sekolah bagi pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga juga akan menerima dua buah komputer setiap satu
Comments
Post a Comment