Skip to main content

Kursus Penandaan BM 012/1 Daerah Kulai







Bengkel pendedahan penandaan Bahasa Melayu 012/1 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kota Kulai 2. Bengkel ini telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Mei 2010. Bengkel ini telah bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberikan pendedahan menanda kertas 012/1 kepada semua guru Bahasa Melayu yang mengajar murid di tahun 6 SK yang tiada pengalaman menanda. Semoga dengan adanya pendedahan ini akan memberikan ilmu penandaan kepada mereka, di samping dapat menurunkan tip-tip terkini untuk membimbing murid menjawab soalan UPSR nanti.

Selain itu, objektif utama bengkel ini supaya keputusan yang diperoleh oleh murid pada UPPM 2 ini adalah daripada penandaan yang standard bagi seluruh daerah Kulai.

Pada asalnya jumlah peserta yang dicadangkan ialah 32 orang sahaja iaitu setiap sekolah diwakili oleh seorang sahaja peserta . Namun atas permintaan ramai, jumlah penyertaan telah dibuka dan hampir 50 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Tahniah kepada mereka yang sudi menghadirkan diri untuk berbengkel bersama-sama.

Terima kasih diucapkan kepada unit Bahasa PPD Kulai kerana tanpa cetusan idea daripada mereka terutama Pn Noraini , bengkel ini pasti belum terlaksana. Dikhabarkan bahawa untuk UPPM 3 nanti bengkel seperti ini akan diadakan lagi.

Comments

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.