Skip to main content

MAKAN MALAM AMAL SKSB 2010











Syukur kepada tuhan segala apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Sekalung tahniah diucapkan kepada YDP PIBG Pn Hjh Noribah dan AJKnya kerana tanpa usaha gigih mereka makan amal ini mungkin tidak berjaya.Tujuan utama Malam Amal ini diadakan ialah untuk kutipan dana pelbagai projek demi kebaikan murid-murid SK Sinar Bahagia.

Makan malam amal ini telah dihadiri oleh AJK PIBG , guru-guru SKSB , bekas-bekas pelajar dan guru SK Sinar Bahagia serta tetamu jemputan. Di tambah serikan lagi dengan kehadiran Asmawi Ani ( Mawi ) dan Q haidar ( bekas murid SKSB ) serta Along ( Raja Lawak ) bersama isteri masing-masing , telah membangkitkan lagi suasana kehangatan pada malam itu.

Program pada malam itu dimulai dengan ucapan daripada YDP PIBG dan Ucapan Perasmian oleh Ketua Kampung. Seterusnya persembahan daripada murid-murid SK Sinar Bahagia. Tidak terkecuali, guru-guru SKSB juga telah menunjukkan bakat mereka... Majlis bertambah hangat apabila Along (Raja Lawak). Mawi dan Qhaidar membuat persembahan... Majlis diakhiri dengan cabutan nombor bertuah...

Semoga majlis seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.