Skip to main content

SAMBUTAN PERPISAHAN & SELAMAT DATANG GURU-GURU SKSB


RABU, 27 OGOS - Satu Sambutan Meraikan Guru-guru yang berpindah dan guru-guru yang baharu di SKSB telah dijalankan pada jam 8 malam.

Sambutan dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGKT) SKSB diketuai oleh Pn. Aftipah bt Abdullah bersama rakan-rakan untuk memberi sedikit penghargaan kepada guru-guru yang telah berjasa di SKSB dan juga mengalu-alukan kehadiran guru-guru baharu untuk berkhidmat di SKSB.

Guru-guru yang berpindah ialah:
1. GPK1 - En. Mohd Hazeyhan b Totor (Ke SK LKTP Bukit Batu sebagai GPK1)
2. Pn. Rohana bt Rahmat (Ke SK Kulai 1)
3. En. Nasaruddin b Jahat (Ke SK Kulai 1)
4. En. Mohd Suzaimi b Mohd Noor (Ke SK Bandar Putra)
5. GPK Petang - Pn. Aisah bt Bakri (Ke SK Seri Al-Ulum, Pontian sebagai GB)

Guru-guru yang baharu di SKSB ialah:
1. Cik Rohaiza Adilla bt Arahma (Guru Pendidikan Khas - Penempatan baharu)
2. En. Izzuddin Shah b Muzaffar Shah (Penempatan baharu)
3. En. Ahmad b Awang (dari SK Kulai 1 - GPK1)

Kepada guru-guru yang berpindah, terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan di SKSB. Manakala bagi guru-guru baharu pula, diharapkan agar dapat dicurahkan segala ilmu dan khidmat bakti anda agar memacu SKSB ke puncak kejayaan.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013