Skip to main content

PETUA ORANG TUA-TUA

KHASIAT DAUN & KULIT MANGGIS



Ramai yang tidak mengetahui bahawa manggis juga merupakan bahan yang digunakan
dalam perubatan tradisional sejak turun-temurun. Selama ini kita hanya fokus
kepada isinya yang putih bak kapas untuk menikmati kelazatan buah tersebut.


Seperti yang diketahui ramai, manggis apabila dimakan memberi implak ‘penyejukan’
(cooling effect). Maka adalah disarankan untuk memakan buah manggis selepas
memakan ‘raja buah’ iaitu durian.


Di sini saya senaraikan beberapa contoh pelbagai kegunaan manggis untuk tujuan
pengubatan secara tradisional :


1. Berak berdarah
Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing).
Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat aiar tebusan itu.
Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.


2. Ulser mulut dan bengkak usus
Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum.
Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.Bahagian kulit pula jika dikeringkan
dan dikisar boleh mengatasi masalah cirit birit. Air rebusan kulit manggis boleh
merawat penyakit bengkak usus.


3. Luka dan gigitan serangga
Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak
ditekap di pada luka atau bengkak gigitan serangga.


4. Buasir
Keringkan kulit buah delima dan kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.


5. Memutihkan Gigi
Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.


6. Cirit-birit
Kulitnya diasah pada pasu dan pati airnya diminum.


7. Lancar Haid
Air rebusan akar manggis digunakan untuk melancarkan haid.


8. Sembelit
Getahnya digunakan untuk melegakan sakit sembelit tetapi ia boleh menyebabkan rasa
loya dan muntah. Hati-hati, keracunan ini boleh menyebabkan kematian jika diambil
dalam sukatan yang banyak!


9. GOUT ?
Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap
gout boleh mengamalkan kulit manggis ni. Caranya
Ambil buah manggis
Kupas
Isi dia enak di makan
Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia,
hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di
minum apabila menjadi suam.
Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
Selamat Mencuba. Insyaallah!…


10. Penyakit kencing manis :
Jangan lupa daun manggis tu boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit
kencing manis..Petua.. yang baik…
Ambil 2 atau 3 helai daun manggis
Basuh bersih2 daun manggis
Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau.(rasa
macam air teh)
Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.
Pergi jumpa doktor periksa darah anda pasti anda menerima keputusan yang
baik tentang kencing manis anda.


Diatas merupakan serba sedikit kegunaan manggis samaada buah, daun dan kulit
;bahkan akarnya dalam perubatan tradisional. Perlu dinyatakan bahawa perubatan
tradisional ini bukan sahaja mengcakupi alam perubatan nusantara Melayu sahaja,
bahkan di negara Gajah Putih, Kepulauan Mindanao sehingga di sekitar negara
tropika.


Adalah juga dipercaya 150 tahun dahulu ianya telah dieksport ke kepulauan
Carribean, Amerika Selatan, Australia dan Afika untuk tujuan yang sama, iaitu
digunakan untuk kajian dan pengamal perubatan.


Kesimpulannya, nilai perubatannya yang telah diketahui ‘menakjubkan’ serta tidak
sangsi lagi bahawa buah kurniaan Tuhan ini sangat memberi manafaat untuk
kesejahteraan dan kesihatan kepada manusia.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013