Skip to main content

Taib Andak

Taib Andak, Nasionalis Tulen, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia memerlukan lebih ramai rakyatnya menulis segala pengalaman mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Rakyat Malaysia tidak mampu untuk terus menerus "memberi nafas baru" dalam usaha untuk maju ke depan bagi merealisasikan potensi negara.

Hanya dengan menggunakan pengalaman lepas sebagai panduan kita berharap untuk mengelak daripada perangkap yang sama sementara kita membina kejayaan di atas masa lalu," katanya ketika berucap melancarkan buku bertajuk "Taib Andak - In A Class Of His Own" di sini.

Biografi setebal 230 muka surat itu menjejak salasilah Tan Sri Taib Andak, latar belakang keluarga dan puluhan tahun pengalamannya dalam perkhidmatan awam dengan memberi penekanan kepada sumbangan semasa menerajui Felda dan Maybank.

Taib yang meninggal dunia pada 19 Ogos, 1997 merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selama 13 tahun (1958-1971) dan merupakan Pengerusi Maybank yang kelima (1969 hingga 1981).

Buku itu ditulis anak perempuan sulungnya Datin Kalsom Taib dan diterbitkan oleh MPH. Sebahagian besar buku itu menceritakan perhubungannya dengan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, yang mana Taib bekerjasama rapat berhubung pelbagai sektor ekonomi negara.

Najib berkata beliau berasa bangga kerana dapat melancarkan buku itu, memandangkan Allahyarham Taib dan isteri, Puan Sri Zainab Ahmad, mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarganya.

"Buku yang telah lewat dari masa yang ditetapkan ini merekodkan banyak sumbangan dan pencapaian Allahyarham bapa beliau (Kalsom) Tan Sri Taib Andak seorang rakyat yang benar-benar hebat, seorang kakitangan awam yang terkemuka dan nasionalis tulen.

Bagi bergerak ke depan dalam keadaan yang meruncing pada masa ini, kita perlu lebih ramai lelaki dan wanita yang berkaliber seperti Taib, iaitu mereka yang dapat menyumbang bakti dan mencapai kejayaan yang luar biasa dan mampu pergi lebih jauh lagi," kata Najib.

Comments

  1. Baco... jangan tak baco atikal tu... nanti tak tau plak sejarah. Kenapa felda tu namanya taib andak....

    ok ... jumpa lagik...

    Salammmmm....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.