Skip to main content

SEKITAR MAJLIS PERPISAHAN EN KAMALUDIN GPK1











Mulai 12 Julai 2010, Encik Kamaludin Bin Sujan GPK 1 SK Sinar Bahagia telah dinaikkan pangkat ke jawatan Guru Besar SK Tenggaroh 5. Bersempena dengan itu, pihak BKGKT SKSB telah mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perpisahan untuk beliau.
Pada hari Jumaat 11 Julai , majlis bersama murid-murid telah diadakan. Semua murid telah diberi kesempatan untuk bersalaman dengan beliau. Ada di antara pelajar ini telah memberikan hadiah kepada beliau.
Pada hari Sabtu pula majlis perpisahan bersama BKGKT SKSB telah diadakan di MAZ Garden. Beliau telah diraikan dalam majlis makan tengah hari di situ. Kami guru-guru SKSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada segala jasa yang telah diberikan, semoga persahabatan antara kita akan terus berkekalan. Kami juga mendoakan semoga Cikgu Kamaludin tabah menghadapi cabaran baru serta semoga maju jaya...







Comments

Popular posts from this blog

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013