Tidak ku kenal, tidak ku cinta
Lamanya masa telah berlalu
Satu persatu telah ku dampingi
Ada yang mudah didekat
Ada yang jinak-jinak merpati
Ada yang buat tak tahu
Ada yang cuba mencuba
Ada yang cuba ajak gaduh dulu
Tapi......
Alhamdulillah
Semuanya telah ku harungi
Tak kusangka air mataku mengalir jua
kerana
Mata-mata yang tulus digenangi di hadapan ku
Selamat tinggal
Rakan-rakan sepasukanku
Lamanya memori yang terpahat
Yang gembira,yang resah gulana
Tidak ku lupa segalanya
Selama mana kita bersama
Masih terasa keletah semuanya
Moga ada masa kita bersama semula
Di lain masa di lain ketika
SELAMAT TINGGAL
Dengan ingatan tulus dan ikhlas...
Terima kasih cikgu... sungguh puitis sajak cikgu... semoga persahabatan kita akan terus terjalin insya-Allah.
ReplyDelete