Skip to main content

Perjumpaan Bekas Murid SKSB 1998












































Perjumpaan bekas pelajar tahun 6 SKSB 1998.

Cikgu ucapkan ribuan terima kasih kepada bekas-bekas pelajar SKSB 1998 kerana sudi mengadakan program ini. Dengan adanya program ini dapat mengeratkan silatulrahim antara kita dan dapat mengingati semula nostalgia lama.

Ucapan tahniah juga kepada saudari Khalilah Bt Kamaruddin dan Fadilah Bt Shaaban kerana bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Walaupun tidak kesemua bekas pelajar 1998 hadir namun program tetap meriah dan diharap akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun mendatang.

Akhir kata , salam muhibbah untuk semua dan semoga berjaya menempuh segala dugaan, kepada yang hendak berkahwin tu... selamat Pengantin Baru ... Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat.

Salam daripada cikgumu...

Rom...

Comments

  1. more photos uploaded at www.friendster.com/missblurry hehehe sile jenguk naaa~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.