Skip to main content

PROGRAM BERSAMA IBU BAPA PENJAGA MURID TARGET








Pada 3hb Ogos , Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama guru-guru tahun 6 telah mengadakan program bersama ibu bapa penjaga murid cemerlang bagi tahun 2009. Program ini bertujuan untuk memastikan murid-murid itu memperbaiki serta mengekalkan prestasi mereka agar memperoleh kejayaan yang cemerlang untuk UPSR 2009 ini.

Dengan adanya program ini , semoga ibu bapa penjaga boleh membantu anak-anak mereka sewaktu berada di rumah. Adalah diharapkan semua murid yang terlibat ini berjaya semua hendaknya.

Comments

  1. moga-moga semua calon sekolah kita berjaya..

    ReplyDelete
  2. Usaha itu tangga kejayaan. Selepas gigih berusaha... berkat doa daripada ibu bapa penjaga amat diperlukan... bersama-samalah kita saling membantu untuk kecemerlangan anak didik kita... insya-Allah 2009 ... tahun lompatan saujana....!!!

    ReplyDelete
  3. trmakasih warga sksb,semoga segala usaha murni akan membuahkan hasil, mudah2an anak2 kami yg di targetkn akan berjaya memperolehi 5A gemuk (sepatah kata guru besar)...amin....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013