HARI KELUARGA / FAMILY DAY SKSB 2009
Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya maka Hari Keluarga SKSB yang dirancang selama ini telah dapat dijayakan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program ini.
Sekalung tahniah kepada mereka yang begitu komited untuk menyertai program Hari Keluarga ini kerana daripada program inilah kita dapat mengeratkan silatulrahim antara kita. Di samping itu, dapat juga kita saling mengenali dengan lebih rapat serta memperkenalkan keluarga masing-masing yang ada dalam warga SKSB ini. Kerjasama yang dihulurkan oleh semua ahli yang terlibat tidak dapat nilai , hanya ucapan terima kasih sahajalah yang dapat diucapkan.
Ucapan tahniah juga dihulurkan kepada cikgu Arfaizal kerana sudi menerima pelawaan kami untuk hadir ke majlis ini. Walaupun berada jauh di Maran Pahang , beliau sanggup hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.
Saya juga bersyukur kepada Allah SWT kerana sepanjang perjalanan kita ke ISMAH Beach Resort tidak terdapat sebarang perkara yang tidak diingini , cuma ada lah sikit tersalah dan tersesat jalan. Adat lah .... saya rasa itu semuanya menambah pengalaman kepada semua ahli.
Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada pihak ISMAH Beach Resort kerana kemudahan dan layanan mesra pihak tuan sepanjang kami berada di sana. Juga ucapan jutaan terima kasih kami hulurkan kepada pihak Jabatan Perikanan Malaysia ( Pusat Pengurusan Penyu ) kerana sudi memberikan taklimat serta membenarkan kami menyaksikan pelepasan anak penyu Karah ke Selat Melaka..... begitu berharga pengalaman itu.....
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Arida dan Keluarganya terutama Pak Cik Kadir kerana sudi menjemput kami untuk menikmati hidangan makan tengah hari di Felda Bukit Senggeh...... "sehingga menjilat jari"..... memang umpphhhhh lah.... Kata orang tua-tua... Terima kasih daun keladi.... kalau boleh buat lagi...!!!!
Penutup bicara.... Saya selaku Pengerusi BKGKT SKSB 2009 , sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program ini dan ribuan ampun dan maaf andainya ada kelemahan dan cacat cela sepanjang program ini berjalan. Sekian , terima kasih....

Salam. Terima kasih atas jemputan menghadiri family day 2009 SKSB.Paling best sepanjg saya kat sksb.Banyak kenangan bersama. Lepas ni, kalau ada apa2 aktiviti,blh jemput lagi.itupun kalau ingat lagi kat saya ni.
ReplyDeleteSemoga ikatan ukhuwwah yang dibina akan kekal selamanya....
Insya- Allah akan sentiasa dijemput... Bagi saya itulah yang termampu untuk dibuat... rasanya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.. apa pun terima kasih atas kerjasama yang diberi.. Insya Allah jumpa lagi lain kali... Salam untuk semua..
ReplyDelete