Skip to main content

UPPM 4 / PERCUBAAN UPSR 2009






Pada 18 , 19 dan 20 Ogos semua murid tahun 6 negeri Johor menjalani Ujian Pengesanan Prestasi Murid (UPPM) yang ke - 4 merangkap percubaan UPSR 2009. Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap pencapaian murid yang menjadi kayu ukur kepada ujian sebenar UPSR pada 8, 9 dan 10 September nanti.

Kami guru-guru SKSB berharap agar semua murid menjawab soalan ini dengan penuh teliti dan menganggap ujian ini seperti UPSR sebenar. Semoga terget yang diimpikan akan tercapai dan menjadikannya sebagai batu loncatan semasa peperiksaan sebenar yang bakal menjelang.

Comments

  1. Semoga pencapaian sebenar lebih baik daripada target..

    ReplyDelete
  2. Keputusan Keseluruhan Mengikut Subjek :

    Bahasa Melayu Pemahaman : 97%
    Bahasa Melayu Penulisan : 93%

    BM Pemahaman sahaja yang melepasi target 96%. Subjek lain masih dalam proses penandaan. Insya-Allah keputusan yang lebih baik dpt diperoleh untuk UPSR 09 .. berkat usaha semua guru SKSB dan kerjasama semua murid tahun 6 2009.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.