KHAMIS, 29 September 2011 - Kejohanan Olahraga Tahunan SKSB Kali ke-26 telah dilangsungkan dengan jayanya di Padang Awam, Kg. Bahagia, FELDA Taib Andak. Kejohanan telah dirasmikan oleh Tuan Hanafiah bin Hussien iaitu Ketua Kampung, Kg. Bahagia. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, guru-guru dan murid-murid dalam melancarkan majlis ini dengan gemilangnya. Johan keseluruhan ialah rumah Syahbandar (Biru) - Agensi Berita SKSB
PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...
Comments
Post a Comment