Pada 2 hingga 6 Februari BKGKT SK Sinar Bahagia telah mengadakan hari keluarga. Kali ini hari keluarga diadakan di Pulau Langkawi. Perancangan awal hari keluarga pada tahun ini dirancang untuk diadakan di Sabah. Oleh sebab terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan maka program ini telah diubah ke Pulau Langkawi.
Walaupun terdapat pelbagai cabaran sepanjang program ini , tetapi itu tidak mematahkan semangat peserta untuk merasai keseronokan Hari Keluarga pada kali ini. Hampir kesemua tempat menarik dan bersejarah dilawati oleh kami. Yang paling menarik menyusuri laut dengan menaiki bot laju sambil menyaksikan ikan yang boleh menyumpit... helang menyambar makanannya dan panorama di Gua Kelam... Yang mendebarkan pula menaiki kereta kabel ( tertinggi di dunia ).. titian gantung.( pengalaman yang tidak boleh dilupakan )
serta tempat-tempat lain yang banyak memberikan sumber informasi dan hiburan.
Terima kasih diucapkan kepada Kak Bib di atas pengelolaan yang begitu baik dan lancar serta Tok Wan pemandu pelancong kami yang banyak memberikan penerangan di samping celoteh beliau yang begitu menghiburkan kami.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Insya Allah , lain kali jumpa lagi.
Semoga program seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment