




Mulai 01.02 2010 ( Isnin ) semua murid tahun 6 SKSB diwajibkan untuk menyertai kelas malam bagi kecemerlangan UPSR 2010. Program ini akan dilaksanakan sehingga awal bulan Ogos. Seramai 133 orang murid terlibat dalam program kelas malam ini. Tenaga pengajarnya terdiri daripada guru-guru SKSB sendiri.
Dengan adanya program ini adalah diharapkan murid-murid tahun 6 2010 akan lebih bersedia untuk menghadapi UPSR yang bakal menjelang serta mempertahan atau memperbaiki pencapaian UPSR 2009. Semoga program ini mendapat kerjasama yang baik daripada murid-murid dan ibu bapa serta segala yang diimpikan tercapai.
Comments
Post a Comment