Skip to main content

PERTANDINGAN BOLING BKGKT SKSB

Pada 7 November 2009 , BKGKT SKSB telah menganjurkan pertandingan boling. Tujuan pertandingan itu ialah untuk memenuhi agenda tahunan dan mengeratkan hubungan serta kerjasama antara ahli juga keluarga ahli.

Seramai 22 orang telah menyertai pertandingan itu. Pelbagai gelagat dapat disaksikan sepanjang temasya itu berlangung.... "Masuk Parit"..... "Gigi rongak".... dan pelbagai gelaran dan panggilan dapat didengari.

Apapun ... Inilah keputusan pertandingan :


Bahagian kumpulan kanak-kanak.....

Juara - Danial , Alif dan Mizan dengan 673 jatuhan pin.

Naib Juara - Along , Kakak dan Angah dengan 613 jatuhan pin.


Bahagian Kumpulan Dewasa:

Juara ... Ustaz Zaki , Roma , Zainah dan Azarizan .. dengan 1285 jatuhan pin.

Naib Juara ... Azmi , Rohana , Rahaniza dan Adi ... dengan 1204 jatuhan pin.

Ketiga ... Azri , Ima , Nasaruddin dan Adie ... dengan 1182 jatuhan pin.

Keempat .... Asraf , Puad , Nurul dan Mariam ... dengan 1022 jatuhan pin.


Bahagian Individu Lelaki :

Johan ... Azmi dengan 383 jatuhan pin.

Naib Johan ... Adie ( Suami Zainah ) dengan 378 jatuhan pin.

Ketiga ... Ustaz Zaki dengan 376 jatuhan pin.

Keempat .... Azarizan dengan 351 jatuhan pin.

Kelima .... Danial ( anak Roma ) dengan 344 jatuhan pin.

Bahagian individu perempuan :

Johan ..... Mariam( Kerabat Asraf ) dengan 312 jatuhan pin

Naib Johan .... Rohana dengan 292 jatuhan pin

Ketiga... Zainah dengan 286 jatuhan pin

Keempat ... Kakak ( anak jemi ) dengan 222 jatuhan pin

Kelima... Ima ( Isteri Azri ) dengan 217 jatuhan pin

Pihak pengajur mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kerana sudi mengambil bahagian. Semoga petandingan seperti ini akan diadakan pada masa-masa akan datang dapat disertai oleh semua ahli BKGKT SKSB.

Comments

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………