Warga SK Sinar Bahagia mengucapkan takziah kepada Cikgu Mohamad B ABd Rahman di atas pemergian isteri tersayang pada 22/4/2009. Cikgu Mohamad B Abd Rahman merupakan bekas GPK KOKU SK Sinar Bahagia. Beliau telah menamatkan tugasnya ( pencen ) sebagai guru di sekolah ini. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini dan sabar menghadapi hari-hari mendatang . Kami mendoakan semoga roh isteri cikgu Mat dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama dengan orang yang soleh.... Amin...
Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………
Comments
Post a Comment