Skip to main content

PEMANTAUAN PBS

Assalamualaikum kekawan......

Diharap semua guru yang terlibat dalam PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) iaitu PLBS ( Bahasa Melayu ) , SBOA ( Bahasa Inggeris ) , PEKA ( Sains ) , PAFA ( Agama Islam ) bersedia dengan sistem fail yang telah dikemaskini.

Pasukan pemantau yang datang ke sekolah kita seperti berikut :-

PLBS - En Sahar B Buyong - SK (F) Sg Sibol
SBOA -Pn Zainab Bt Mohd Tahir - SK (F) Sg Sibol
PEKA -Pn Fadzilah Bt Abu - SK Bandar Tenggara 1
PAFA -En Mohd Fahmi B Md Zahari - SK Bandar Tenggara 1

Pasukan ini akan diketuai oleh 2 Pentaksir Daerah iaitu :-

1. En Yusof B Mohamad - SK (F) Pengeli Timur
2. En Yusof B Jaafar - SK (F) Sg Sibol

Pasukan ini akan mengadakan 2 kali pemantauan. Pemantauan pertama mengikut ketetapan berikut :-
Tarikh : 07.04.2009
Hari : Selasa
Masa : Mulai 8.30 am

Mengikut jadual sekolah kita akan mula-mula dilawati. Antara perkara yang akan dilihat ialah sistem fail pada keempat-empat bidang.

Untuk pemantauan kedua pula, pasukan ini akan mencerap murid-murid sekolah kita. Seramai 10 % daripada keseluruhan murid tahun 6 kita akan dicerap pada keempat-empat bahagian. Kita perlu menyediakan 13 orang pada setiap bahagian. Tarikh dan masa lawatan kedua ini belum ditetapkan lagi.

Semoga semua pihak dapat bersedia untuk menerima kedatangan mereka.

Sekian , untuk makluman semua.

Comments

  1. Surat yang saya dapat, pemantauan PAFA adalah ustaz Mohd Nazim B Latif. Saya bercuti rehat pada hari tersebut tetapi akan bagi amanah ini kepada ustaz Ahmidinaziz dan sudah siapkan semua maklumat dan fail yang diperlukan. Sekian makluman

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………