Skip to main content

Kenali Ulam: Buah remnia, kundang serupa tapi tak sama



BAGI masyarakat bandar, buah remnia dan buah kundang mungkin terlalu asing. Jika ada yang pernah mendengar nama dua buah berkenaan tapi mungkin mereka tidak pernah melihat rupanya.

Sekali sekala apabila sampai musimnya, buah remnia dan buah kundang dijual di pasar tani atau pasar malam.

Bagi masyarakat desa, buah remnia dan kundang tidak asing lagi. Ia buah yang sering dibuat sambal, dimakan segar atau dibuat rojak. Kanak-kanak pula gemar memakan buah ini dicolek dengan garam atau kicap dicampur gula.

Bagaimanapun, masyarakat desa tidak dapat membezakan antara remnia dan kundang. Buah remnia dikatakan kundang dan kundang pula dikatakan remnia. Sebenarnya banyak perbezaan wujud antara remnia dan kundang.

Pokok remnia (Bouea macrophylla) berasal dari Indo-Malaysia. Pokoknya semakin nadir. Bagaimanapun, ia masih boleh ditemui di kampung dan ditanam dalam konsep dusun.

Pokoknya bersaiz besar mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Batangnya berbanir, 50 sentimeter (sm) diameter dan pokok yang tua mencapai sehingga 1 meter diameter. Kulitnya berwarna perang dan merekah. Berdahan banyak membentuk silara rimbunan oval yang padat ketika muda dan bertukar menjadi silara yang terbuka atau berbentuk dom apabila matang.

Daunnya mudah, berhadapan, oblong-elips 11 hingga 30 sm panjang 4 hingga 5 sm lebar, bes akut, apeks akuminat, berwarna keunguan ketika muda dan bertukar hijau tua apabila matang.

Bunganya banyak, kecil, berjambak-jambak pada aksil daun di pucuk atau pada ranting, berwarna kekuningan dan kemudian bertukar menjadi perang. Buahnya drup, globos, 2 hingga 3 sm diameter, berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning limau apabila masak.

Isinya berjus, berwarna kuning limau, berbau seakan-akan tapentina dan rasanya masam manis. Bijinya bersabut dan kotiledonnya berwarna jingga.

Kundang (Bouea oppositifolia) atau dikenali juga dengan nama setar, berasal dari Malaysia dan Selatan Thailand.

Pokok ini jarang terdapat di selatan Semenanjung Malaysia tetapi mudah ditemui di utara Semenanjung, Kedah dan Perlis.

Asal usal nama bandar Alor Setar adalah daripada nama pokok ini.

Pokok kundang seakan-akan sama rupanya dengan remnia (Bouea macrophylla) tapi pokoknya lebih kecil dan rendah. Daunnya lanseolat-elips, 10 hingga 18 sm panjang dan 2 hingga 3 sm lebar. Buahnya ovoid, kecil, kira-kira 2 hingga 2.5 sm panjang, 1 hingga 1.3 sm lebar, berwarna kuning limau apabila masak.

Isinya juga berwarna kuning limau dan rasanya masam atau manis mengikut jenis. Bijinya bersabut lembut dan kotiledonnya berwarna biru.

Di Thailand pokok kundang ditanam secara kebun kecil daripada klon terpilih dan buahnya dijual di pasar bila sampai musimnya.

Comments

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.