Bengkel pendedahan penandaan Bahasa Melayu 012/1 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kota Kulai 2. Bengkel ini telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Mei 2010. Bengkel ini telah bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberikan pendedahan menanda kertas 012/1 kepada semua guru Bahasa Melayu yang mengajar murid di tahun 6 SK yang tiada pengalaman menanda. Semoga dengan adanya pendedahan ini akan memberikan ilmu penandaan kepada mereka, di samping dapat menurunkan tip-tip terkini untuk membimbing murid menjawab soalan UPSR nanti. Selain itu, objektif utama bengkel ini supaya keputusan yang diperoleh oleh murid pada UPPM 2 ini adalah daripada penandaan yang standard bagi seluruh daerah Kulai. Pada asalnya jumlah peserta yang dicadangkan ialah 32 orang sahaja iaitu setiap sekolah diwakili oleh seorang sahaja peserta . Namun atas permintaan ramai, jumlah penyertaan telah dibuka dan hampir 50 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Tahnia...