Salam kepada para sahabat... sempena Maulidur Rasul 1431H ini marilah kita mengingati dan mengenang semula biodata dan kronologi hidup baginda Rasulullah SAW... Subject: BIODATA RASULULLAH SAW Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St.. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingat...