Skip to main content

Posts

MAJLIS SERAH ILMU MURID UPSR 2016

AHAD, 28 OGOS - Satu Majlis Serah Ilmu sempena UPSR 2016 telah dijalankan di Dewan Sinar, SKSB. Majlis dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu YDP PIBG, En. Izwan bin Salleh. Majlis ini diadakan bagi memberi semangat kepada para calon UPSR 2016 untuk menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Restu daripada para guru yang mendidik dapat memberi satu anjakan kepada calon-calon ini supaya segala yang dipelajari, diberkati oleh Allah SWT. Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.
Recent posts

Kem Membaca 1 Malaysia

Selasa, 21 April - Kem Membaca 1 Malaysia anjuran Pusat Sumber Sekolah telah selamat dirasmikan oleh En. Mohd. Yahya b. Said, GPK1. Kem Membaca bertujuan menggalakkan murid-murid membaca seberapa banyak buku yang boleh dibaca. Tahun ini murid-murid akan membaca selama 2015 saat atau bersamaan dalam 33 minit 33 saat untuk sesi pelancaran ini. Diharapkan semua murid dapat memanfaatkan peluang untuk membaca buku untuk menambah pengetahuan disamping mempelajari sesuatu yang berguna.

SKSB... CEMERLANG

BOLING... SKSB JUARA

Tahniah diucapkan kepada team boling SK Sinar Bahagia kerana telah menjadi juara dalan kejohanan boling 12 Daerah Kulai. Peseorangan Lelaki B12 .. Keseluruhan lelaki perempuan telah dijuarai oleh SKSB. Beberapa pemain akan terus mewakili daerah Kulai keperingkat J.Tahniah sekali lagi.

MSSZ TENGGARA... SKSB CIPTA SEJARAH

ETIKA MEDIA SOSIAL MUSLIMIN SEJATI

AKAUN: 1. Buka Akaun Media Sosial berniat kerana Allah SWT. 2. Bukan berniat memanipulasi pihak lain. 3. Guna nama sebenar/gelaran yang elok/ mulia. 4. Mewujudkan group/ page yang bermanfaat. GAMBAR: 1. Menutup Aurat. 2. Tidak menampakkan keaiban diri. 3. Bukan gambar yang membawa unsur fitnah. 4. Bukan posisi yang mengghairahkan. LIKE: 1. Status, group & foto yang menambahkan ilmu dan iman. 2. Pengalaman yang memberi pengajaran. 3. Tidak LIKE perkara yang cenderung kepada maksiat dan dosa. COMMENT: 1. Tidak berdebat perkara yang sia-sia. 2. Tidak mengancam atau mengugut pihak lain. 3. Jangan memperlekeh/ menghina orang dan makhluk lain. 4. Komen/ kritik sesuatu yang sahih sahaja. POST: 1. Gambar, kata-kata dan nasihat yang mulia. 2. Kata-kata yang baik dan menggambarkan nilai Islam. 3. Hindari status membangga diri atau memperkecilkan orang lain. 4. Jangan membuat provokasi. 5. Hadkan perbincangan soal remeh temeh.

JAMUAN PERPISAHAN DAN SELAMAT DATANG

Khamis, 22 Januari 2015 - Satu jamuan telah diadakan untuk meraikan Puan Hajah Zaleha bt Haron, GPK HEM SKSB yang akan bertugas sebagai GPK Pentadbiran di SK Sri Gunung Pulai. Majlis juga meraikan kedatangan Encik Mohd. Yahya b Said, GPK Pentadbiran SK Sri Gunung Pulai untuk bertugas dengan jawatan yang sama di SKSB. Warga sekolah juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Mariatulkiptiah bt Muhamed yang telah dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM menggantikan tempat Hajah Zaleha di sekolah yang sama. Besarlah harapan warga sekolah untuk sama-sama dengan barisan pentadbir yang baharu demi meneruskan legasi kecemerlangan sekolah.